Wednesday 6 August 2014

PUASA SUNAT SYAWAL

Assalamualaikum, dalam kemeriahan kita menyambut AidilFitri  dan menjamu selera dengan berbagai-bagai jenis juadah kuih raya  lemang, ketupat, lontong, satay, rendang dan berbagai-bagai jenis biskut raya mazola, makmur, almond london dan lain-lain jangan lupa pula kita berpuasa sunat syawal selama 6 hari di bulan syawal  yang mulia ini. Apabila kita berpuasa syawal  ganjaran pahala adalah seperti berpuasa setahun  daripada ALLAH ta'ala. Inilah persediaan kita untuk mengutip hasil di SANA nanti  amin.

Tuesday 5 August 2014

KEK MENTEGA AIDILFITRI 2014


         Kek Mentega Sedap






Hari Raya tahun ini teringin pula nak makan Kek Mentega. Tahun-tahun lepas kek orange dan kek coklat menjadi kegemaran ummi sekeluarga. Disebabkan supplier  orange dan coklat kek dah berpindah terpaksalah ummi mengubah selera ke kek mentega pula,   Kek ini mudah disediakan. Disebabkan kesibukan bekerja  ummi hanya mencarinya di Damiral Breads je. Rezeki masih ada dapatlah merasa kek ini dari Damiral Breads. Ternyata kek ini memang sedap dan gebu. Selepas ini bolehlah mencari resepi untuk buat sendiri di rumah. Kek ini bukan untuk hari raya saje malah  boleh juga disediakan untuk majlis hari jadi, pertunangan dan hantaran perkahwinan.

Friday 1 August 2014

AIDIL FITRI 2014

AIDIL FITRI 1435 Hijrah/ 2014
Salam Aidil Fitri kepada semua rakan-rakan yang mengikuti blog ini.  Aidil Fitri tahun ini disambut secara sederhana sahaja tetapi pasti ceria bertemu keluarga dan saudara.