Wednesday 9 July 2014

HIDANGAN UTAMA KETIKA BERBUKA PUASA

KURMA  HIDANGAN UTAMA DI BULAN RAMADHAN


LEBIHKAN MAKAN  BUAH-BUAHAN

Kongsi Artikel

 
Penduduk Islam di Kiruna, Sweden berpuasa 20 jam sehari Kira-kira 700 orang penduduk Islam di sebuah bandar perlombongan di sini, terpaksa menjalani ibadah puasa selama 20 jam selepas kawasan berkenaan mengalami fenomena matahari terbit selama 23 jam.
Fenomena tersebut berlaku setiap tahun antara 28 Mei hingga 16 Julai, iaitu dua pertiga tempoh Ramadan pada tahun ini.
"Saya bersahur pada pukul 3.30 pagi waktu tempatan (9.30 malam waktu Malaysia) ketika matahari terik. Saya meletakkan dua helai langsir di dalam bilik, namun cahaya matahari tetap masuk dan menganggu masa tidur saya," kata seorang penduduk yang dikenali sebagai Ghassan Alankar.
Oleh kerana tiada sebarang ketetapan dikeluarkan berhubung masa bersahur dan berbuka di kawasan berkenaan sebelum ini, penduduk di kawasan itu menggunakan empat jadual waktu dunia untuk berbuka puasa antaranya Mesir.
Namun, bagi mengelak sebarang kekeliruan, Majlis Fatwa dan Penyelidikan Eropah (ECFR) mengeluarkan nasihat supaya penduduk menggunakan waktu berbuka di ibu negara Stockholm yang terletak kira-kira 1,240 kilometer selatan Kiruna.
"Di Stockholm terdapat waktu siang dan malam," kata Setiausaha Agung (ECFR), Hussein Halawa berhubung keputusan fatwa berkenaan selepas beliau mengalami sendiri pengalaman berpuasa di Kiruna.
Seorang penduduk, Idris Abdulwhab berkata, berdasarkan kepada fatwa yang dikeluarkan oleh ECFR, penduduk akan berpuasa selama 20 jam sehari.
"Saya tidak kisah sama ada 15, 25, atau 45 jam sehari kami harus berpuasa, asalkan ibadah ini diterima oleh Allah," jelasnya sambil menambah sebagai manusia, berpuasa dalam jangka masa waktu yang panjang begitu menguji kesabaran.

Artikel Penuh: © Utusan Melayu (M) Bhd

Tips Sihat Ketika Ramadhan





Assalamualaikum  semua, sudah  sebelas hari  umat Islam berpuasa . Hari ini ummi ingin berkongsi tips pemakanan untuk kesihatan  di bulan Ramadan ini. 
Sumber: Utusan Melayu (M) Bhd

Tips pemakanan ketika berbuka puasa dan bersahur

Bersederhana ketika berbuka puasa, makan dalam hidangan yang kecil tetapi lebih kerap.  Mulakan dengan kurma dan makanan ringan. Rehat sebentar untuk solat Maghrib, kemudian baharu menjamah hidangan utama sebelum solat tarawih. Berhenti makan tiga hingga empat jam sebelum tidur untuk memberikan sistem penghadaman cukup masa berehat. 
Kurangkan menerima pelawaan berbuka puasa di luar. Kurangkan pengambilan makanan yang pedas, berempah dan mengandungi asid berlebihan kerana ia akan menyebabkan iritasi saluran penghadaman.  Minuman berkafein seperti kopi merupakan diuretik yang natural iaitu menggalakkan pengeluaran air kencing lalu menyebabkan penyahhidratan.  Minuman manis turut menyebabkan seseorang kuat kencing dan dahaga. Minum banyak air kosong sekurang-kurangnya 2.5 liter bagi menambahkan kehilangan air seharian tanpa sedar seperti ketika bernafas, berpeluh dan ke tandas. Cara terbaik adalah melengkapkan keperluan nutrien seperti karbohidrat, protein, lemak, vitamin, serat dan lain-lain.

Tuesday 1 July 2014

SALAM RAMADHAN

Assalamualaikum  semua,  sudah tiga hari umat Islam berpuasa. Belum terlewat  untuk Ummi mengucapkan  SELAMAT MENYAMBUT  RAMADHAN . Dalam kesibukan kita berpuasa dan menyediakan berbagai-bagai jenis hidangan berbuka janganlah kita lupa untuk bertarawih dan tadarus al-Quran sepanjang Ramadhan ini. Kelebihan Ramadhan  pintu-pintu syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup. Oleh itu sama-samalah kita banyakkan  beribadat di bulan Ramadhan ini kerana ganjaranNYA sangatlah besar .