Monday 23 June 2014

DUGAAN HIDUP

Assalamualaikum sahabat-sahabat semua. Lama ummi tak update blog. Kesihatan ummi agak terganggu sedikit  seminggu yang lepas. Hari ni baru hari kedua  masuk kerja  selepas seminggu cuti dan mc. Itulah dugaan dari ALLAH baru sedikit tapi peritnya  terasa. Alahamdulillah   akhirnya ALLAH telah menyembuhkan kesakitan tersebut diakhir-akhir  bulan SYAABAN ini. Dapatlah ummi membuat persediaan untuk menyambut RAMADHAN yang bakal tiba di hujung minggu ini.

Tuesday 10 June 2014

AYAM PANGGANG MAQLUBA

Jom  Singgah Ke Dapur :  Home Made Ayam Panggang
Ayam Panggang  Untuk  Hidangan Makan Malam

Nasi Arab

HOME MADE :  NASI ARAB KAMBING YAMAN

Monday 9 June 2014

ICT SHAH ALAM... SUASANA IGLOO KHUTUB

Ketika cuti  persekolahan  penggal kedua,  ummy sekeluarga  bercuti  di ICT Shah Alam, Selangor. Kami tiba di ICT pada pukul 8.oo malam. Suasana malam di situ agak sejuk kerana  hujan lebat baru reda. Apalagi selepas selesai solat kami pun  membeli tiket  berharga RM90  berserta jaket tebal dan dapatlah kami  masuk ke dalam Igloo atau rumah ais snow walk . Dalam rumah  snow walk  memang sejuk suhu dibawah 0 darjah selsius.  Permainan gelungsur  ais adalah   tarikan utama kepada  kanak-kanak yang masuk ke snow walk.  Ini membuatkan Akmal   teruja untuk masuk dan bermain  dalam  snowwalk . Akmal sangat  suka dan gembira main gelungsur  dan  rumah ais Igloo . Disini ummy paparkan sebahagian daripada gambar-gambar ummy dan akmal  semasa di snowwalk. Semua bentuk-bentuk di dalam rumah tersebut diperbuat daripada ketulan-ketulan ais. Kami berada dalam Igloo   sehingga jam 10.30 malam . Ummy kesejukan  sehingga kaki   cramp  barulah kami keluar dari Igloo.  Bagaimanapun memang seronok  berada dalam Igloo tu. Rasa macam  berada di Khutub  Eskimo.  Lebih  puas dan gembira sekiranya kami dapat melawat ke tempat snow dan winter  yang sebenar.

Sunday 1 June 2014

MUFFIN DE BERIS JAYA

Santai  sambil  makan  muffin anggur

MUFFIN ANGGUR  DE BERIS JAYA SEDAP...BOLEH TRY MASAK KAT RUMAH

AKMAL  DAN ABAH  DIBAWAH  RIMBUNAN  PEPOHON ANGGUR MUDA  BUKAN MAIN HAPPY LAGI  MEREKA

LADANG ANGGUR BERIS JAYA

Cantik Lanskap di Ladang Anggur ini  suasana ala-ala barat  dengan angin sepoi-sepoi bahasa  walaupun  cuaca agak panas

Di sini   pula  buah anggur yang belum masak dan masih muda bewarna hijau.