Tuesday 8 September 2015

Jom Baca Buku

Assalamualaikum. Hari  ini  adalah  hari  kedua  peperiksaan  upsr  kertas  matematik  1.  Walaupun  Akmal  yang  menduduki  peperiksaan   tersebut  namun  debarannya  amat  dirasai  oleh  ummi. Apa  yang dapat  ummi  lakukan  bagi  memudahkan  Akmal  menjawab  soalan  peperiksaan  adalah  dengan  berdoa dan  membaca  surah  yaasin  sepanjang  masa  peperiksaan,  memohon  supaya  ALLAH  swt  memberi  jalan  mudah  untuk  Akmal  melalui  peperiksaan  dengan  tenang  dan  dapat  menjawab  dengan  sempurna. Selain  itu amatlah  sesuai  rasanya  ummi  membaca  buku2  bercorak  keagamaan  supaya  dapat  mencapai  ketenangan  dari  pelbagai  masaalah dalam  kehidupan  ini.  Buku  KISAH  NABI  DALAM ALQURAN  amat  bagus  sebagai  bacaan untuk semua  lapisan masyarakat.  Buku  ini  menceritakan  bagaimana   perjuangan  Nabi  dari Adam  hinggalah Nabi Muhammad saw. Selain  perjuangan  para  nabi  buku  ini  juga  mengisahkan  tentang  mukjizat  yang dikurniakan  kepada  nabi2.  Penceritaannya  amat  menarik  dan  mudah  difahami.  Selamat  membaca  dan  ambil  teladan  sikap  mereka  yang  baik  dan mulia. Semoga  bermanafaat  untuk  semua.

Wednesday 5 August 2015

BUKU UNTUK PENGURUS PERNIAGAAN


Buku ini sesuai dibaca oleh pelajar-pelajar universiti dan juga pengurus-pengurus perniagaan. Bahasa  inggeris yang digunakan  mudah difahami. Buku ini  menceritakan tentang  teknik dan  panduan  kepada pengurus yang baru menceburi dalam bidang perniagaan dan  juga mana-mana organisasi  awam  dalam menanggani masaalah sikap pekerja-pekerja bawahan mereka.  Selamat membaca   dan   mendapat manafaat daripadanya. Jom Baca.

Sunday 26 April 2015

JOM BACA BUKU

Membaca  jambatan  ilmu. Bangsa  yang  membaca  adalah  bangsa  yang  berjaya.  Hayati ungkapan  ini  memberi  semangat  kepada  diri  umi  untuk  terus  membaca  bagi  menambah informasi  tentang  Islam  dan  kemaslahatan  ummah.  Buku  yang  sedang  umi  baca  ini  amat  berguna  dan dapat  menambah  kefahaman  tentang  institusi  wakaf  dalam  konteks  pelaksanaan  di Malaysia  amnya. Sejarah  wakaf  telah  bermula  dari  zaman  Rasulullah  saw. Oleh  itu  masyarakat  sekarang  perlu  memahami  tentang wakaf  dan  bagaimana  pelaksanaan yang  telah  dibuat  semasa  zaman  rasulullah  saw  berbanding  zaman  masyarakat  sekarang. Persoalan  mengenai  wakaf  jarang  diketengahkan  dalam  masyarakat  sekarang.  Oleh  itu informasi  dari  buku  ini  sangat  membantu. Selamat  membaca

Thursday 15 January 2015

SELAMAT DATANG 2015

Belum terlambat untuk ummi mengucapkan   SELAMAT TAHUN BARU 2015 kepada sahabat-sahabat  yang membaca blog ini. Semoga tahun ini  akan membawa keberkatan dan kejayaan kepada kita semua di dalam menghadapi liku-liku hidup serta cabaran di setiap hari-hari yang mendatang  dalam  tahun 2015  ini. Semoga hidup kita sentiasa dalam keredhaan ALLAH swt. AMIN.