Saturday 29 November 2014

Kek Coklat Moist Kukus

Hari  ini  datang  mood rajin  untuk  kukus kek.  Bahan2 memang  dah  sedia ada  apalagi  senanglah  kukus  kek  coklat  ini.  Hasilnya  yummy...banyak  coklat. Kek coklat kukus ni,  teksturnya lebih padat tambahan dengan icing  cooking coklat dan koko...memang kesukaan  keluarga ummi. Pertama kali ummi  masak lengkap dengan icing, teruja tengok hasil air tangan sendiri. Memang menarik kek coklat ini dan memang sedap..!
KEK COKLAT MOIST KUKUS

Monday 24 November 2014

INFO KESIHATAN

Kesihatan adalah sangat penting dalam hidup kita. Badan yang sihat akan  memudahkan kita melaksanakan tugasan dipejabat, bersukan dan menikmati   kehidupan dengan lebih selesa dan ceria. Oleh itu eloklah kita amalkan pemakanan yang seimbang  dalam diet seharian kita. Disini ummi ingin kongsikan  panduan pemakanan yang baik untuk kesihatan dan kecergasan kita. Artikel ini adalah info daripada Kementerian Kesihatan Malaysia tentang sumber-sumber pemakanan yang mempunyai kandungan purin  dalam bahan mentah.  Sumber purin yang tinggi dalam makanan  akan menghasilkan asid urik yang tinggi dalam badan  dimana ia  boleh menyebabkan berbagai jenis penyakit kronik. Info daripada KKM ini  membolehkan kita memilih sumber makanan yang lebih sihat untuk badan kita supaya kita lebih produktif. Selamat Membaca!
Pemakanan Sihat Untuk Semua!


Sumber Purin Dalam Makanan.
KUMPULAN MAKANAN
TINGGI PURIN (150-825mg purin/ 100g makanan)
SEDERHANA PURIN (50-150mg purin/ 100g makanan
RENDAH PURIN(0-50mg purin/ 100g makanan)

Makanan perlu dielak
Makanan diambil secara sederhana
Makanan yang diambil mengikut keperluan normal
Bijirin dan Produk Bijirin

Roti bijirin penuh, oat, bran gandum : *Hadkan 2/3 cawan sehari
Roti, nasi, bihun, kueteow, biskut
Buah-buahan

Asparagus, kekacang, cendawan, bayam, kubis bunga : *Hadkan ½ cawan sehari
Semua jenis buah dan jus buah
Sayur-sayuran

Asparagus, kekacang, cendawan, bayam, kubis bunga : *Hadkan ½ cawan sehari
Kebanyakan sayuran
Makanan Berprotein
Ikan bilis, sardin, hati, ginjal lembu, otak, ikan parang, ikan kembung
Ikan, ayam, daging, makanan laut, kekacang, lentil ( kacang dal, kacang peas) *Ambil 2-3 hidangan sehari mengikut Panduan Diet Malaysia
Susu dan produk tenusu, telur dan keju
Lemak dan Minyak


Semua jenis (ambil secara sederhana)
Sup
Ekstrak daging
Sup daging
Sup sayur
Lain-lain
Yis, minuman beralkohol terutama bir (Hadkan 1 minuman sebanyak 3 kali seminggu)

Minum 6-8 gelas sehari. ELAKKAN pengambilan gula, sirap, gula-gula, teh, kopi, coklat dan kastard.

 

Saturday 8 November 2014

Menu Makan Malam

Home  made Spageti  black  pepper  sos  dengan  bebola ikan. Musim hujan sedap juga makan spageti ini.

Tuesday 4 November 2014

DUNIA PELAJAR

Seronoknya  pengalaman  sebagai  'student'    setelah 20 tahun   bekerja. Pengalaman sebagai pelajar  hari ini lebih canggih daripada  pengalaman  semasa 20 tahun yang lalu walaupun  usia telah menjangkau  50an. Belajar  di era millinium ini  banyak di bantu oleh  teknologi yang terkini  disamping  bahan bacaan secara fizikal dan manual . Ianya lebih memudahkan  pembelajaran tersebut. Sebenarnya usia   hanyalah angka sahaja. Semangat sangatlah penting serta dorongan daripada keluarga dan sahabat-sahabat yang setia selama ini. Umi berdoa semoga  berjaya hingga akhirnya...Amin.