Monday, 9 June 2014

ICT SHAH ALAM... SUASANA IGLOO KHUTUB

Ketika cuti  persekolahan  penggal kedua,  ummy sekeluarga  bercuti  di ICT Shah Alam, Selangor. Kami tiba di ICT pada pukul 8.oo malam. Suasana malam di situ agak sejuk kerana  hujan lebat baru reda. Apalagi selepas selesai solat kami pun  membeli tiket  berharga RM90  berserta jaket tebal dan dapatlah kami  masuk ke dalam Igloo atau rumah ais snow walk . Dalam rumah  snow walk  memang sejuk suhu dibawah 0 darjah selsius.  Permainan gelungsur  ais adalah   tarikan utama kepada  kanak-kanak yang masuk ke snow walk.  Ini membuatkan Akmal   teruja untuk masuk dan bermain  dalam  snowwalk . Akmal sangat  suka dan gembira main gelungsur  dan  rumah ais Igloo . Disini ummy paparkan sebahagian daripada gambar-gambar ummy dan akmal  semasa di snowwalk. Semua bentuk-bentuk di dalam rumah tersebut diperbuat daripada ketulan-ketulan ais. Kami berada dalam Igloo   sehingga jam 10.30 malam . Ummy kesejukan  sehingga kaki   cramp  barulah kami keluar dari Igloo.  Bagaimanapun memang seronok  berada dalam Igloo tu. Rasa macam  berada di Khutub  Eskimo.  Lebih  puas dan gembira sekiranya kami dapat melawat ke tempat snow dan winter  yang sebenar.

No comments:

Post a Comment