Membaca jambatan ilmu. Bangsa yang membaca adalah bangsa yang berjaya. Hayati ungkapan ini memberi semangat kepada diri umi untuk terus membaca bagi menambah informasi tentang Islam dan kemaslahatan ummah. Buku yang sedang umi baca ini amat berguna dan dapat menambah kefahaman tentang institusi wakaf dalam konteks pelaksanaan di Malaysia amnya. Sejarah wakaf telah bermula dari zaman Rasulullah saw. Oleh itu masyarakat sekarang perlu memahami tentang wakaf dan bagaimana pelaksanaan yang telah dibuat semasa zaman rasulullah saw berbanding zaman masyarakat sekarang. Persoalan mengenai wakaf jarang diketengahkan dalam masyarakat sekarang. Oleh itu informasi dari buku ini sangat membantu. Selamat membaca
No comments:
Post a Comment