Wednesday 15 November 2017

Tahun 2017

Assalamualaikum semua, lama tak update status dalam blog ini. Ummi sangat sibuk dipejabat  dengan bebanan tugasan yang memerlukan penelitian terperinci oleh atasan. Namun alhamdulillah semuanya dapat diselesaikan dengan sempurna berkat kesabaran yang ada. Disamping sebagai seorang pekerja, tugasan sampingan sebagai student tetap diharungi. Alhamdulillah  dalam kesibukan tugasan pejabat, akhirnya sekarang ummi berjaya berada di tahun ke 4 pengajian sarjana muda di universiti. Insya allah  berbaki setahun sahaja lagi ummi akan bergraduasi. Doakan semoga ummi dapat mencapai cita-cita dan harapan keluarga  selama ini.
Pengetahuan dan ilmu yang diperolehi  dari uni  amatlah bermanafaat  dan banyak membantu ummi dalam tugasan harian dipejabat di samping dapat mempertingkatkan kemahiran dan pengetahuan.  Tenaga pengajar di uni sangat membantu  dan memberi semangat kepada ummi untuk terus maju dalam pengajian. Pembelajaran yang ummi lalui  secara bersemuka atau secara online berserta module yang dibekalkan adalah berkualiti. Sekali kita bermula belajar kita  merasa akan terus belajar  keperingkat yang lebih tinggi lagi. Pembelajaran sepanjang hayatlah katakan...Insya allah.Semoga Allah swt  memberi kekuatan  dan ketabahan untuk ummi mengharungi semua situasi semasa dan  mendatang. Amin.

No comments:

Post a Comment