Assalamualaikum semua, sudah sebelas hari umat Islam berpuasa . Hari ini ummi ingin berkongsi tips pemakanan untuk kesihatan di bulan Ramadan ini.
Sumber: Utusan Melayu (M) Bhd
Tips pemakanan ketika berbuka
puasa dan bersahur
Bersederhana ketika berbuka puasa,
makan dalam hidangan yang kecil tetapi lebih kerap. Mulakan dengan kurma dan makanan
ringan. Rehat sebentar untuk solat Maghrib, kemudian baharu menjamah hidangan
utama sebelum solat tarawih. Berhenti makan tiga hingga empat
jam sebelum tidur untuk memberikan sistem penghadaman cukup masa berehat.
Kurangkan menerima pelawaan
berbuka puasa di luar. Kurangkan pengambilan makanan yang
pedas, berempah dan mengandungi asid berlebihan kerana ia akan menyebabkan
iritasi saluran penghadaman. Minuman berkafein seperti kopi
merupakan diuretik yang natural iaitu menggalakkan pengeluaran air kencing lalu
menyebabkan penyahhidratan. Minuman manis turut menyebabkan
seseorang kuat kencing dan dahaga. Minum banyak air kosong
sekurang-kurangnya 2.5 liter bagi menambahkan kehilangan air seharian tanpa
sedar seperti ketika bernafas, berpeluh dan ke tandas. Cara terbaik adalah melengkapkan
keperluan nutrien seperti karbohidrat, protein, lemak, vitamin, serat dan
lain-lain.
No comments:
Post a Comment